SEJARAH PENUBUHAN PEKIDA MALAYSIA


PEKIDA MALAYSIA adalah singkatan nama daripada " PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA "
PEKIDA MALAYSIA diasaskan pada tahun 1946 di negeri JOHOR iaitu di BATU PAHAT.
Ianya adalah merupakan sebuah pertubuhan yang menjurus kepada usaha-usaha menerapkan nilai-nilai murni dengan tujuan menyatupadukan semua orang-orang melayu islam yang ketika itu kelihatan seolah-olah sedang berpecah belah.Sebab utama perkara ini terjadi adalah berpunca pada fahaman politik yang berbeza.Kerana itulah dapat kita lihat semasa PILIHANRAYA ada kes yang melibatkan PERGADUHAN - KECERDERAAN DAN PEMUSUHAN YANG TERJADI.
Berikutan daripada peristiwa keganasan KOMUNIS yang menjadi-jadi sehingga menyebabkan orang-orang melayu menjadi sasaran dan menderita,MAKA pertama kalinya orang-orang melayu di BATU PAHAT dan MUAR bergabung dalam satu ketumbukan yang dinamakan dengan GERAKKAN MUHAMADIYAH" Gerakan ini diteraju dan dipimpin oleh DATO PANGLIMA KIYAI HJ MOHD SALLEH B. ABD KARIM atau lebih dikenali dengan nama "KIYAI SALLEH"  Tujuan utama penubuhannya adalah untuk menghalang orang-orang melayu daripada mengikut fahaman kominis dan berjuang dalam parti kominis yang dipimpin oleh CHIN PENG .
Deklirasi yang dibuat menyaksikan dalam tahun 1946 juga tertubuhnya 'UMNO' dibawah kepimpinan DATO ONN JAAFAR. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada 31hb.ogos.1957,
gerakan kominis ini tidak juga berhenti,sesuatu haruslah dilakukan untuk mengengkang gerakan ini.Setelah " RUNDINGAN BALING " dijalankan diantara ALMARHUM TENGKU ABD RAHMAN PUTRA AL HAJ dengan pimpinan tertinggi " PARTI KOMUNIS TANAH MELAYU " IAITU CHIN PENG barulah tersebar berita ramai orang melayu yang menyertai komunis pada masa itu hanya dengan tujuaan untuk memaksa BRISTISH memberikan kemerdekaan kepada TANAH MELAYU. MAKA tersebutlah dan terpaculah nama-nama seperti " MAT INDRA,SHAMSIAH PAKIR,AHMAD BOESTAMAM,RASYID MAIDEN dan beberapa nama lagi yang berjuang mengesa BRISTISH memberikan kemerdekaan dengan cara menyertai komunis.

Sebelum nama PEKIDA didaftarkan,beberapa nama telah cuba diutarakan antaranya, PERGERAKAN MUHAMADIAH,PERGERAKAN FATIHA,PERGERAKAN SELEMPANG MERAH,PERGERAKAN FISSABILLILAH DAN PEKIMA namun semuanya telah gagal untuk didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah.Sehinggalah pada tahun 1982 sewaktu era pemerintahan perdana menteri yang ke 4 iaitu TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ,PEKIDA telah selamat didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan N.G.O yang sah di sg. petani kedah dengan mengunakan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAMIAH DARULAMAN.


SEKARANG dalam PEKIDA telah ramai disertai golongan karyawan yang terdiri daripada menteri,ketua-ketua jabatan dan golongan profesional.Maka pada hari ini kita berbangga kerana PEKIDA semakin mantap untuk kesejahteraan AGAMA - BANGSA DAN TANAH AIR yang tercinta ini.